Saturday 27 April 2013

NILAI GIZI MAKAN DALAM HABBATUS SAUDA’


NILAI GIZI MAKAN DALAM HABBATUS SAUDA’
Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose. Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.
Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi lima belas amino acids yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.
Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.
Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.
Barokah - Banyak sungguh khasiat dari Jintan Hitam atau Habbatus Sauda ini. Di sini disertakan lagi artikel tentang herba ini. Marilah kita beramal dengan menggunakannya. Ia juga termasuk amalan sunnah dari Rasulullah SAW. Bayangkanlah bagaimana besarnya barokah dan hikmah dari mengamalkan herba ini kerana orang yang paling dikasihi Tuhan pun menyarankannya. Wallah A’lam.
Habbatus Sauda’ (Black Seed) / Habbatus Sauda (Black Cumin) adalah tanaman bunga Fennel dari keluarga Buttercup (Ranunculaceae). Menurut sejarah tanaman herba ini berasal dari Mediterania (terutama di Mesir), yang mana sekarang ini tersebar di kebanyakkan pelusuk dunia, seperti di jazirah Arab (Yaman, Saudi Arabia), Siria, Irak, sebagian Asia Tengah (India, Pakistan), negara-negara Laut Tengah (Yunani, Siprus) dan Amerika.
Habatus Sauda adalah bijian hitam yang telahpun dikenali ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluasnya oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengobati berbagai macam penyakit. Nigella Sativa Semen adalah biji dari Nigella Sativa yang dapat mereproduksi dengan sendirinya, di mana biji-biji tersebut sebelumnya berwarna putih kemudian setelah matang akan berwarna hitam (Nigella).
Habbatus Sauda mula ditemui di makam Tutan- khamen di Yunani Kuno dimana pada saat itu raja-raja dikubur bersama-sama dengan Nigella untuk membantu diakhir hidup- nya, ada juga yang mengatakan bahawa ianya di gunakan sebagai pengawet kepada mayat.. Tanaman perdu ini mengembangbiakkan dirinya sendiri hingga berbunga. Bunganya berwarna ungu kebiru-biruan atau keputih-putihan. Batang bunganya bisa mencapai ketinggian 30-60 cm dan membentuk sebuah kapsul biji (kelopak) yang di dalamnya terdapat biji-biji trigonal berwarna putih. Saat kapsul buah tersebut matang, ia akan membuka dan biji-biji yang ada di dalamnya berubah menjadi hitam warnanya (Black Cumin Seed). Bahagian inilah (biji hitam) yang dimanfaatkan sebagai herba kesehatan, memiliki aroma khas dan bentuknya sama seperti biji bijan, namun berwarna hitam dan berserabut, panjangnya tidak lebih dari 3 mm.
Bijian hitam ini merupakan tumbuhan alami (dengan nama ilmiah Nigella sativa) yang juga dikenal sebagai Biji Samin Hitam. Di Mesir, biji hitam ini dikenal dengan “Seed of Blessing” atau “Blessed Seed” (biji yang diberkahi) kerana biji ini juga baik untuk berbagai macam keperluan. Ia juga dikenal sebagai “Black Cumin” dalam Bahasa Inggris. Di kalangan orang Melayu ia dipanggil Jintan Hitam.
Di kebanyakkan Negara-negara Arab, Habbatus Sauda digunakan didalam pelbagai jenis masakkan, seperti dalam pembuatan roti dan sebagainya.
Habbatus Sauda ( Nigella sativa) lebih tepat dikenal sebagai “Blessed Seed” (biji yang diberkati) karena dianggap sebagai salah satu jenis tumbuh-tumbuhan ubat yang terbaik di semua zaman. Ini adalah suatu ubat yang sempurna yang dipergunakan di seluruh zaman untuk mengatasi berbagai masaalah yang berhubungan-kait dengan kesihatan yang antara lainnya: pernafasan, kulit, perut dan masalah usus, ginjal & fungsi hati, peredaran darah dan ketahanann terhadap kekebalan tubuh, serta untuk memelihara dan meningkatkan bagi keseluruhan kesihatan.
Ahli Perubatan Yunani Kuno, Discoredes, pada abad yang pertama telah mencatatkan bahawa Nigella Sativa telah di gunakan untuk mengubati sakit kepala, saluran pernafasan, sakit gigi dan cacing di dalam usus.
Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment