Sunday 21 April 2013

Jenis-Jenis Madu


MADU TUALANG

Madu Tualang merupakan madu lebah yang diambil dari pokok tualang hutan. Pokok tualang selalunya tumbuh tinggi di dalam hutan tebal dan
Madu Tualang dipercayai terhasil oleh lebah madu di dalam hutan yang mengambil nektar dari pelbagai bunga-bunga hutan (poliflora). Itulah sebabnya ramai yang mempercayai madu ini mempunyai nilai khasiat yang tinggi berbanding madu biasa yang lain.
Tambahan pula, sarang lebah madu tualang sukar dijumpai kerana pengutip madu lebah perlu meneroka jauh ke dalam hutan. Sesudah dijumpai, sarang lebah selalunya hinggap di dahan pokok tualang yang tinggi. Kesukaran menuai madu tualang menjadikan madu ini mendapat permintaan ramai dan boleh mencecah harga yang tinggi di pasaran.
Ingin beli madu tualang?

MADU SIDR @ MADU YAMAN (YEMEN)

Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Pokok sidrMadu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.
Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan. Sejak berjuta tahun dahulu, Yaman terkenal kerana madunya yang sangatbaik dan berkualiti. ‘Erathostenes’ seorang sejarawan, berkata Yaman adalahsatu kawasan yang amat subur dan mempunyai tempat-tempat yang sangat sesuaiuntuk penghasilan madu kerana terdapat pohon ‘Sidr’ dan ‘Sumur’. Madu yangdianggap paling baik adalah yang dikeluarkan dari bunga ‘Sidr’ (Ziziphus SpinaChristi, L.Willd) dan ‘Sumur’ (Acacia Tortillis, Forsk. Hayne).

Penternakan lebah telah berkembang luas dilembah-lembah di Timur Yaman sebelum kedatangan Islam lagi. Buktinya dapatdilihat dari lukisan-lukisan di atas batu yang masih terdapat di kawasan itu.Antara gambar yang dapat dilihat dari lukisan ini ialah sekumpulan lebah sedangberterbangan. Dari gambar ini, dapat diterjemahkan bahawa sejak dahulu lagi,penduduk Yaman telah menternak lebah dan pada ketika itu, madu yang terhasildinilaikan sebagai suatu yang amat berharga dan oleh kerana itulah merekamelukis gambar-gambar ini.

Al-Hamdani seorang sejarawan arab memberitahu,lereng-lereng gunung Hinwam, satu daerah yang didiami oleh puak Ahnum (Hamdan)adalah antara kawasan bumi Allah yang terkaya dengan lebah dan madu. Seorangpenternak sahaja boleh memiliki sehingga lima puluh Jibh (sarang lebah) ataulebih.

Malangnya tidak ada maklumat khusus mengenai maduYaman yang diberikan oleh Yusuf bin Omar.Catatan sejarah pada zaman Rasulwalaupun tidak menyebut lebah telah mencatatkan hari-hari yang terbaik untukmengumpul pelbagai jenis madu Yaman.

Menurut seorang sejarawan Mesir al-Maqrizi(meninggal pada 1441H) yang juga merupakan seorang pengarang beberapaperjanjian Arab mengenai penternakan lebah, menyatakan bahawa seluruh Yamanmerupakan bumi lebah.Lebah Yaman berbeza dengan lebah dari luar.

Lebah Yaman diklasifikasikan sebagai ‘APISMELLIFERA YEMENITICA’. Lebah-lebah Yaman ini tidak agresif dan mempunyai saizbadan yang lebih kecil berbanding dengan lebah Eropah, ‘APIS MELLIFERA EROPAH’yang menzahirkan belang-belang kelabu pada bahagian badan. Ciri-ciri lebahYaman ini menjadikannya sesuai dengan iklim di negara itu sehinggakan daritinjauan yang dibuat mendapati lebah-lebah Yaman ini tidak terkena penyakit. Teknik-teknikpenternakan lebah dan pengeluaran madu di sini sebahagian besarnya masih lagimenggunakan cara tradisional walaupun telah banyak negara-negara pengeluar madumenggunakan cara yang moden. Ini adalah kerana cara moden menyebabkan banyakkhasiat-khasiat semulajadi, khasiat-khasiat perubatan dan lain-lain luput darimadu tersebut.

Sekumpulan lebah di Wadi Dau’an ditangkap untukdikenal pasti dan dipilih ratu-ratu lebah tersebut. Kemudian, setiap seekordari ratu tersebut akan diletakkan di dalam sebuah kotak kecil yang dibuat khasuntuk ratu lebah tersebut. Kotak itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam satutikar anyaman. Di dalam tikar tersebut terdapat rotan yang dibentuk mengikutbentuk sarang lebah dan ditutup di salah satu penghujungnya. Lebah-lebahpekerja yang lain kemudian akan mengikut ratu masing-masing masuk ke dalamsarang buatan yang tersedia itu.-W.H.Ingrams, ‘Tradistional Bee-Keeping in WadiDau’an’, Man 37 (1937), 32.

Pada asasnya, terdapat tiga jenis sarang lebahtradisional iaitu khaliyya (batang kayu yang kosong ditengah), jamak (sarangdaripada tanah) dan khalaya (sarang daripada bakul rotan). Sarang-sarang iniditutup pada setiap penghujungnya. Kemudian lubang dibuat bagi memudahkanlebah-lebah tersebut keluar masuk.

Terdapat dua cara penternakan lebah yang diamalkandi sini. Yang pertama penternakan setempat dan yang kedua ialah penternakanberpidah-randah. Penternakan setempat dilakukan dengan cara sarang-sarang lebahdiletakkan samada di atas tanah atau di atas bumbung-bumbung rumah. Manakalapenternakan pindah-randah yang banyak terdapat di kawasan timur menggunaknsarang berasaskan kayu. Sarang kayu lebih kuat dan stabil dan digunakan agarlebah tidak terganggu apabila diangkut dari satu lembah ke satu lembah di ataslori kecil. Dahulu unta-unta digunakan sebagai pengangkutan, madu yang terhasildiisi di dalam kulit-kulit kambing dan disimpan di dalam labu. Apabila saranglebah tersebut telah dipenuhi dengan madu, penternak akan memotong isi sarangitu dengan pisau. Sedikit madu ditinggalkan di dalam sarang bagi memenuhikeperluan lebah pada musim kemarau.

Penternak di daerah Zabid memiliki dua hingga tigasarang setiap keluarga berbeza dengan penternak-pentenak lebah professional dilembah-lembah selatan Wadi Hadramaut yang mempunyai hingga seratus unit setiapkeluarga.

Di Yaman, madu telah digunakan untuk meletakkansatu cap mohor ke atas penyelesaian perbalahan dan cagaran dalam membuatperjanjian-perjanjian antara ahli-ahli kabilah. Memiliki madu yang dihasilkandi tempat sendiri merupakan satu simbol status kerana penduduk Yaman berbanggadengan kualiti madu mereka yang baik. Pada zaman Yaman moden pula, penduduk disini menghidangkan madu kepada para tetamu yang bertandang ke rumah mereka.Madu juga selalu dihidangkan dalam jamuan-jamuan dan keramaian. Madu dicampurdengan telur dianggap penting untuk kesuburan dan kekuatan fizikal. Oleh keranaitu ia diberikan kepada pengantin-pengantin lelaki dan juga kepada kanak-kanaklelaki yang berkhatan.

Kaedah perubatan tradisi Yaman menyampurkan madudengan mentega cair untuk diberikan kepada ibu-ibu sebaik sahaja selepasbersalin. Madu juga digunakan secara meluas dalam menghasilkan ubat-ubatantradisional. Contohnya seperti madu dicampurkan dengan labu pahit kemenyanmenjadi penawar mujarab bagi sembelit, madu dicampurkan dengan biji lobakmenjadi penguat tenaga batin, madu dicampurkan dengan hiltit (sejenis perekatperubatan Asa Feotida) dapat membantu melancarkan perjalanan haid dan denganbeberapa jenis tumbuhan ia boleh merawat penyakit gila babi.

Rasa madu Yaman berbeza dengan rasa madu yangdiimport dari negara lain. Madu Yaman juga dapat dibezakan dan juga dikenalpasti asal daerahnya dari warna dan bau. Darjah kelembapan dan kepekatan ekorandarin peratusan air adalah sangat penting dalam menentukan gred sesuatu jenismadu itu.

MADU RATU (ROYAL JELLY)

Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit (sehingga beberapa ratus gram sahaja).
Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia.
Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar dan biasanya disejukkan.

MADU PROPOLIS

Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Jadi, tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’ dalam bahasa Greek.
Madu propolis kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit.
Terdapat 2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati di Brazil.

MADU MANUKA

Madu Manuka merupakan madu yang dimpot daripada New Zealand. Madu Manuka terhasil oleh madu lebah yang hidup berhampiran pokok manuka (Leptospermum scoparium), di kawasan luar bandar New Zealand yang mempunyai udara yang bersih.
Oleh itu, madu lebah manuka mengambil nektar dari satu jenis bunga sahaja (monoflora). Madu ini ada yang dihasilkan secara liar dan ada yang dihasilkan oleh lebah ternak.
Madu ini popular di pasaran antarabangsa kerana kandungan bahan anti-bakteria yang tinggi. Bahan anti-bakteria ini dipanggil Unique Manuka Factor (UMF) dan produk madu manuka diukur mengikut kadar kandungan bahan tersebut. UMF 10 hingga 16 adalah kadar yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk kegunaan merawat penyakit. Sila rujuk laman Unique Manuka Factor® Honey Association untuk maklumat lanjut.

MADU KELULUT

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak seperti sarang lebah biasa di atas pokok).
Sarang lebah kelulut
Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada sebotol. Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari Malaysia dan Indonesia.
Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

No comments:

Post a Comment