Saturday 20 April 2013

Khasiat Pemakanan Asli

MADU LEBAH



Madu itu menguatkan roh (kerohanian), menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan.Madu itu menguatkan roh (kerohanian), menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan.


BUAH KISMIS

Ibnu Qayyim dalam 'Tib an- Nabawi' memetik perkataan Imam az-zuhri, seorang penghafal hadis di kota Madinah, iaitu: "Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan buah kismis." Khasiat : menghapuskan lendiran (kahak) dan membersihkan hati.


HALIA

Dalam Al-Quran, Allah menceritakan tentang minuman halia kepada penghuni syurga. Ia menyegarkan dan menguatkan urat saraf, kepanasannya menghancurkan dan menghilangkan lendiran/kahak, menguatkan ingatan.

SUSU

Membantu menambah tenaga fizikal, kuat tulang belakang, mengelokkan otak, tingkat kecergasan akal, menghilangkan suhu panas badan dan jantung, isteri yang mengandung hendaklah banyak minum susu kerana ia akan menambahkan kecerdasan otak bayi dalam kandungan.

KURMA

Makanan Rasulullah saw dan para Sahabat. Ibnu Qayyim dalam Tib An-Nabawi berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, daya ingatan, menyuburkan pertumbuhan badan, menyembuhkan penyakit dan menjadi makanan dan minuman yang menyegarkan."

BUAH TIN

Menjaga diri dari kesakitan kerana ia mencegah penyakit buasir dan gaut.

KACANG HAZEL

Mengatasi masalah sakit kepala, menurunkan kolestrol, memulihkan darah tinggi, memulihkan kencing manis, baiki sistem saraf, menguatkan sistem saraf wanita, menjauhi barah, sumber anti-pengoksidaan.

BUAH BADAM

Terkenal dengan khasiat untuk mencerdaskan akal dan menguatkan hafalan (ingatan). Selain itu ia juga boleh membantu mencerahkan mata.

PEGAGA

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia berfungsi sebagai penjana kesihatan berfikir terutama di kalangan kanak-kanak. Mujarab memperbaiki fungsi minda, meningkatkan daya ingatan dan menguatkan tumpuan fikiran (tidak terasa penat berfikir), menghilangkan lendiran (kahak) yang boleh menyebabkan lupa.

TELUR

Pakar perubatan sepakat mengakui bahawa telur adalah makanan lengkap dan tinggi kandungan protein, lemak, vitamin dan zat galian serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh tubuh badan. Berkesan mengatasi masalah penyakit otak dan saraf.

LOBAK MERAH

Amat baik untuk gigi. Ia mengatasi keletihan, mencegah jangkitan kuman dan bakteria, menjaga sistem saraf, awet muda, mencerahkan mata, mencerdaskan akal, mencegah barah, melawaskan air kencing, membaikkan hati dan membasmi kelupaan. ~menurut Imam as-Sya'rani.

MINYAK ZAITUN

Dicampurkan sedikit garam dan dilumurkan di sebelah belakang kepala (bahagian otak yang berfikir) boleh menghilangkan sakit kepala dan ketegangan/stress.

No comments:

Post a Comment