Tuesday, 7 May 2013

ILMU MADU ASLI


Ujian yang dicadangkan,
 1.   Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.
 2.   Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan cirri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
 3.   Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
4.    Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan > 1 minggu).
5.    Menggunakan api: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

Petua umum yang digunakan namun masih boleh dipertikaikan secara saintifik...

Ujian yang dipertikaikan secara saintifik, 
  • Semut: Ini kerana madu asli/lebah (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Peti Sejuk: Madu asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Pembentukan mendakan kristal: Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!
  • Sudu besi: tiada kajian ilmiah di dalam memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat dari besi. Seandainya, terdapat tindakbalas yang kritikal pastinya akan terus mengubah warna sudu tersebut apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dan sebagainya. Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama menyebabkan ramai pengguna hanya menerima sahaja pandangan dari penjual madu yang kurang maklumat. Begitu juga banyak hadis-hadis palsu yang bertebaran mengenai khasiat madu walaupun tidak kurang banyaknya dengan yang sahih. Di negara maju, analisa yang dibuat menunjukkan penggunaan kaedah penyimpanan yang paling selamat bagi madu adalah dengan menggunakan kaca dan 'stainless steel'.
  • Madu yang diletakkan di piring putih bersama air kemudian air digerakkan dengan arah pusingan, maka akan terhasil seolah-olah sarang lebah: wallahu'aklam, menurut pemerhatian kami bentuk yang kelihatan bersegi seperti sarang lebah tersebut adalah disebabkan pengaruh kelikatan/kepekatan madu yang terkena pusingan air lalu menjadikannya bersegi seperti hexagon dan pentagon. Ini kerana jika madu tersebut digantikan dengan cecair yang pekatnya sama seperti madu contohnya dalam percubaan kami shampoo ianya juga menunjukkan keadaan bersegi yang sama.
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu supaya berhati-hati terhadap madu yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU rupanya RACUN yang sangat berbahaya. Jelasnya, kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu sekiranya anda mampu!

MADU ASLI VS MADU PALSU

Madu asli atau madu palsu, bagaimana cara membezakannya? Berdasarkan kajian termasuk di Malaysia, Indonesia dan USA menunjukkan bahawa hampir 80% madu yang beredar dipasaran adalah madu palsu. Jadi bagaimanakah cara sebagai orang awam, kita dapat mengetahui madu itu Asli?
Madu asli sebenarnya sangat mudah diketahui dengan melihat dari sifat dan karakteristik fiziknya yang khas. Sayangnya, dapat juga si penipu madu palsu untuk meniru sebagian dari sifat atau karakter fizik madu asli. Sehingga bagi kebanyakan orang sangat susah untuk mengetahui keaslian madu dengan melihat aspek fizikal atau luaran madu tersebut.
Walaubagaimanapun, MADU ASLI mempunyai beberapa karakteristik fizik yang tidak dapat dipalsukan:
  1. Pesongan Optik: Madu asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi.
  2. Higroskopik: madu asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembaban udara tinggi (high humidity) maka madu akan bertambah cair.
  3. Madu asli jika dituangkan ke dalam air suam tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh.
  4. Sifat-sifat madu yang umumnya dipalsukan adalah: sifat madu yang dapat  membuat telur masak,tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digoncang mengeluarkan gas.
  5. Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Karena enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air liur lebah. Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut. JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!!! Pastikan produk madu di pasaran yang anda beli melalui ujian ketulenan dari institusi yang diikitiraf.  

Jadual di bawah adalah piawaian antarabangsa bagi Analisis Madu asli.

International Honey Commission
Type of Analysis
Unit
Index
Glucose Oxidase Activity/ Aktiviti Enzim Diatase
All pure natural honey show positive activity
Hidroxy Methyl Furfural (HMF)
Pure natural honey comb will contain less than 10mg/kg HMF
Mg/kg
Maks. 80 (for honey from tropical countries)
Water Content/Kadar air
%
<20%
Total Reducing Sugar
a)    Fructose (F)
b)    Glucose (G)
c)    Maltose (M)
Ratio F/G for pure Tropika Honey is more than 1.00
%
Min. 60
Sucrose
%
Maks. 5






Bagaimana mengenal madu asli? Kalau asli kenapa ianya dihurung semut? ini adalah kerana semut pun nak kan yang asli. Allah jadikan madu daripada perut lebah itu bukannya untuk manusia sahaja tetapi untuk semua makhluknya. Kalau semut pun tak nak itu bukannya madu kerana kandungan gula di dalam madu ialah jenis fruktosa iaitu 300 molekul glukosa. Ini kerana madu asli/lebah (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’).
Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu,

Sebab itulah kalau kita nak kan tenaga segera daripada madu kita kena goncang atau kacau 1 sudu madu dalam segelas air suam sebanyak 300 kali. Tapi janganlah nak disamakan pula gula daripada madu ini dengan gula daripada gula pasir. Gula daripada madu ini ubat kerana ianya semulajadi sedangkan gula daripada gula pasir itu beracun kerana ianya telah melalui proses kimia daripada hampas tebu.
Berkenaan dengan madu tiruan pula Ana teringat kisah penjual madu jalanan 10 tahun sudah yang ana jumpa semula setelah ianya menyertai HPA di Klang baru-baru ini. Katanya 10 tahun sudah sebenarnya ia menjual madu tiruan di kakilima Chow Kit dan di kawasan Masjid India Kuala Lumpur. Tapi orang ramai percaya kerana pertama ianya tidak dihurung semut dan kedua kerana harganya mahal. Minda orang kita ini katanya percaya kalau mahal tu itulah yang asli. Lagi mahal lagi asli. Sedangkan madu yang dikatakan asli itu ia buat sendiri sahaja.
  • Peti Sejuk: Madu asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
Caranya ambil putik nenas diambil patinya dicampurkan dengan air gula melaka lalu dimasak dan dimasukkan dengan kapur makan. Kapur makan? Kapur makan itu kapur yang orang makan dengan sireh tu... memanglah panas.. patutlah semut pun tak mau dekat.. masuk peti ais pun tak boleh beku. Tapi orang kita ni itulah yang mereka percaya. Kena tipu hidup-hidup..

Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma). Madu HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin. Kandungan airnya kurang daripada 17%. Madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi melebihi 17% mudah terjejas oleh yis (yang boleh menyebabkan berlakunya proses penapaian). Akibatnya madu menjadi masam dan mengeluarkan gas. Itu yang kadang-kadang boleh meletup tu. Ingat! yang meletup tu dah hilang keasliannya walau pun asalnya asli.

Disini diberikan beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli.

1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.
Kita dah kerap sangat kena tipu terbeli madu bercampur gula, maka dah susah kita nak kenal madu asli atau tidak. Sehinggakan madu bercampur gula tu disangka madu asli, tiba tiba glukos dalam darah kita jadi tinggi, yang diabetic melambung-lambung sukatan glukosnya. Yang dapat nama buruk adalah madu yang betul-betul asli. Madu yang baik, tiada buih-buih atas permukaan madu. Madu yang meletup bukanlah madu yang baik, itu gas hasil penapaian. Tanyalah pada yang pakar kalau tak percaya.

2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.
Kalau nak uji secara kimia, terpaksalah bawa ke makmal untuk diuji. Barulah tahu, glukos berapa (kena kurang dari 5%), fruktos berapa, moisture content berapa (kena kurang dari 16%) mengikuti standard dunia Honey International Commission..

3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.

4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.
Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....

5. uji sendiri...

Ujian yang dicadangkan,
1. Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.
2. Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutanrasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan cirri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
3. Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
4. Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan > 1 minggu).
5. Menggunakan api: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

  • Pembentukan mendakan kristal: Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!

Demikianlah yang dapat ana terangkan serba sedikit mengenai sang lebah ciptaan Allah Subhanahu Wa Taala yang maha hebat dan madu yang terhasil darinya. ana mohon maaf diatas kelemahan dan kesilapan dalam tulisan ini dan amat mengalu-alukan segala teguran dari sesiapa sahaja.

Segala kesalahan datang dari ana dan yang benar hanyalah datang dari Allah Subhanahu Wa Taala.

Assalamualaikum WaRahmatullahi WaBarakatuh.

Sunday, 5 May 2013

Stok Madu Yaman baru sampai

Assalamu'alaikum kpd semua, khususnya buat mereka yg mencintai Baginda saw dan segala sunnah mulia Rasulullah..

Di sini ada satu pengumuman...

Stok madu Yaman telah tiba dari Yaman, dan kali ni kita ada 3 jenis madu, berikut disertakan jenis dan harga setiap daripada madu tersebut...

1)Madu Yaman Sidir (Madu terbaik no. 1 di dunia)

#RM 120 / 200 gram
#RM 300 / 500 gram
#RM 550 / kg

2)Madu Yaman Sumur/Samrah (Madu terbaik no. 2 di dunia)

#RM 60 / 200 gram
#RM 140 / 500 gram

#RM 300 / kg

3)Madu Yaman Mara'i (Madu terbaik no. 3 di dunia)

#RM 50 / 200 gram
#RM 120 / 500 gram
#RM 240 / kg


Penghantaran:
1.COD (Sg Buloh dan Shah Alam(Seksyen 1,2 dan 7) )[Free of charges]
2.Pos Laju Seluruh Malaysia [untuk 500gram ke bwh RM 7]

Berminat boleh PM di [+6 017 679 44 66 @ Facebook] inshaALLAH...!!!! [negotiatable]

~Ihya' Sunnah~

Sunday, 28 April 2013

Berita Baik!! Habatus Sauda'

Pihak kami juga kini membekalkan minyak habatus sauda'

  • 100% asli
  • perahan pertama
  • tanpa pengawet



Harga:

60 ml = RM38

call/sms/pm : +6 0176794466 / Facebook

Saturday, 27 April 2013

TESTIMONI Pengamal Habbatus Sauda


Apa Kata Pengamal Habbatus Sauda

RUANG TESTIMONI : UNTUK PANDUAN PENGGUNA
INSYA-ALLAH, MELALUI RUANGAN INI KAMI AKAN SERTAKAN BEBERAPA KAJIAN TESTIMONI UNTUK PANDUAN ANDA YANG INGIN TERUS MEYAKINI KEAJAIBAN HERBA HABBATUS SAUDA INI JIKA ANDA KURANG YAKIN DENGAN HADIS NABI S.A.W YANG MAFHUMNYA : 
"HABBATUSSAUDA INI ADA PENAWAR SEGALA PENYAKIT KECUALI AL-SAM (MAUT)" - hadis sahih bukhari & muslim 

 TESTIMONI 1 ~Naz’izan~
Assalamualaikum,
Anak saya bekas pesakit Kanser dan Isteri Saya bekas pesakit Asma tegar. Alhamdulilah, kami sekeluarga telah menggunakan herbatus sauda sejak anak saya di sahkan mengalami penyakit kanser pada bulam May 2008. Manakala isteri saya telah sembuh sepenuhnya dari penyakit Asma. Saya sendiri mengalami perubahan di rambut apabila uban di kepala semakin berkurangan ( ini belum pernah di temui dari mana-mana testimonial).
Kami sekeluarga mengamalkan dengan meminum satu sudu Pagi (sebelum sarapan) dan 1 sudu Malam sebelum tidur madu lebah dan di campurkan dengan beberapa titik minyak habbatus sauda.
Sehingga kini hasilnya memuaskan. Sumber madu boleh didapati di mana-mana kedai. Sekian

TESTIMONI 1: An'Nahari bin Sarif (Kuala Kubu Bharu ) 
    -masalah keguguran rambut- 
      "mengamalkan habbatus sauda dalam masa 6 bulan, Alhamdulillah masalah dapat diatasi." 

TESTIMONI 2: En. Izwan & Pn. Mai (Putrajaya)
   -masalah resdung- 
     "mengalamai resdung yang sangat membimbangkan, Alhamdulillah setelah mencuba produk minyak Habbatus Sauda, sangat selesa sekarang..." 

TESTIMONI 3: Abdul Latif Kamal (Sentul, KL) 
   -masalah gout- 
     "Alhamdulillah setelah mengamalkan H-Sauda, kini tiada masalah." 

TESTIMONI 4: Puan Noraini (Kerling, Hulu selangor ) 
   -masalah batuk berlarutan- 
     "Alhamdulillah setelah mengamalkan minyak H-Sauda serta sedikit madu yang telah dicadangkan oleh jiran saya, batuk anak saya semakin sembuh dalam masa 2 hari. yang penting keyaqinan kita kepada sabdaan Rasulullah s.a.w akan penawar yang terdapat dalam H-Sauda ini...." 

TESTIMONI 5: Ustaz Nasir 
     "Minyak H-Sauda memang berkesan sama ada untuk kegunaan dalaman atau luaran terutama anak-anak kecil. Yang penting kita mesti yaqin dengan sabdaan Nabi s.a.w adalah wahyu dari Allah swt...mulakan dengan Bismillah dan Selawat, InsyaAllah, berkesan...." 

TESTIMONI 6: Wan - Hamba ALLAH (Puncak Alam ) 
     "saya..setelah menggunakan H-Sauda Softgel & minyak H-Sauda diurut pada alat kelamin, Alhamdulillah, memang berkesan untuk mereka yang sudah berumahtangga untuk merasai nikmat seperti umur semasa 17tahun...jangan lupa berikan juga kepada isteri anda amalkan H-Sauda juga....InsyaAllah....sebagai tuntutan dalam Agama juga...(untuk yang lemah tenaga syahwat krn kepenatan bekerja sepanjang hari...) 

TESTIMONI 7: Che Mamat
Assalmualaikum
Saya seorang pengamal habatus sauda. Masalah saya sebelum ini, badan saya banyak angin. Faham-faham jer laa kan. Hampir setiap hari perut saya berangin..nak buang angin tak boleh..jadi nak makan tak selera…sebelum ini saya memang selalu minum air ENO halia…tapi hanya sementara lepas tu berangin balik. Alhamdulillah selepas terbaca dalam satu artikel di internet mengatakan bahawa habtus sauda dapat mengurang atau mengelakkan kembung perut kerana angin ..jadi saya cuba…alhamdulillah sekarang perut saya amat selesa dan pembuangan angin lancar…jadi selera makan saya bertambah…Saya amalkan minyak habatus sauda bersama madu…

TESTIMONI 8: nsahidah
 
saya mengalami alahan makanan selama hampir sepuluh tahun. saya alah dengan protin haiwan terutama ayam dan telur, ikan sardin/kembung dan makanan laut termasuklah ikan bilis. saya terpaksa menjadi vegetarian sepenuhnya kerana jika saya termakan bahan bahan tersebut tangan dan jari-jari saya membengkak, ruam kemerahan, gatal dan bernanah. saya tidak boleh masak dan mencuci. menulis pun saya sukar kerana bila memegang pen luka2 ditangan saya akan merekah dan berdarah. Saya seorang guru sains, jadi apabila saya mendemonstrasi eksperimen atau mengajar murid saya mereka pasti akan ngeri dan menegur tangan saya yang hodoh. lebih parah lagi bila kebanyakan makanan memang terdapat telur didalamnya walaupun mayonise, kek/kuih basah dan juga sayuran yang dijual di kantin dimasukkan kiub ayam/ikan bilis.
saya takut untuk mengambil anti histamin dari farmasi bila membaca kesan sampingannya.
akhirnya saya menggunakan habbatus sauda. saya mengambilnya setengah jam sebelum makan kerana ia mengambil masa untuk hadam dan mengeluarkan anti histamin. alhamdulillah, kini tangan saya sudah pulih dan saya merasa sungguh bersyukur kepada Allah.


"JIKA ANDA PENGAMAL HABBATUS SAUDA, PASTIKAN JADIKAN AMALAN BERTERUSAN SEBAGAI PEMAKANAN KEPERLUAN SEBAGAI SISTEM IMUNISASI BADAN ANDA...." 
PETIKAN DALAM KANUN PERUBATAN IBNU SINA (980-1037 MASEHI) : "Habbatus Sauda adalah bijirin yang sangat meransang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan dan sistem pernafasan.."

Fakta dan Khasiat Habbatus Sauda Penawar Penyakit


Fakta dan Khasiat Habbatus Sauda Penawar Penyakit



via: wikipedia

Salam buat semua rakan pembaca.Hari ini jom kita lihat fakta serta khasiat habbatus sauda,antara tumbuhan yang dikatakan sebagai'white spectrum herb', iaitu mampun untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izinNya. Habbatus sauda memang popular di Malaysia dan negara di Asia. di Malaysia terdapat pelbagai syarikat jualan langsung dan juga syarikat single level yang mempopularkan Habbatus sauda di dalam pelbagai campuran minuman dan makanan kesihatan.

Habbatus sauda merupakan tumbuhan yang berasal dari selatan dan barat daya Asia. Merupakan tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun. Mempunyai daun yang halus serta mempunyai bunga yang berbentuk kapsul.Di dalam bunga berbentuk kapsul inilah terdapatnya biji benih, jika dikeringkan atau setelah buah matang ianya pecah dan terdedah kepada udara menyebabkan biji benih tadi akan berwarna hitam.. Mempunyai ketinggian 12 -8 inci serta bunga berwarna ungu muda dan putih. Biji benihnya sebelum matang mempunyai rasa pahit dan pedas.
biji habbatus sauda yaang kering mempunyai rahsia perubatan bernilai tinggi
  • Habbatus sauda mempunyai minyak yang stabil, protien, alkoloid, kalsium, besi,natrium, kalium dan minyak pati
  • Mempunyai hampir 90% asid amino yang sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
  • Kajian awal dilakukan oleh saintis Islam silam seperti Ibnu Sina,AlBiruni, Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi,tentang keberkesanan Habbatus Sauda sebagai penawar serta mampu meyembuhkan pelbagai penyakit
  • Malahan Baginda SAW sendiri menyatakan Habbatus Sauda adalah penawar bagi segala penyakit kecuali mati.
  • Habbatus sauda mampu merawat penyakit hati dan masalah penghadaman.
  • Malahan mampu juga mengubati sakit gigi, sakit kepala, masalah pernafasan dan masalah usus.
  • Pelbagai kajian juga mendapati Habbatus sauda atau jintan hitam ini mempunyai ciri atau agen penyembuhan dan penjagaan kesihatan manusia seperti antioksidan ( mencegah kanser, tumor), antikolestrol, pengubat alahan, dan anti mikrob, penahan sakit serta mempunyai antibiotik
  • Kajian demi kajian moden serta sainstifik terus membuktikan habbatus sauda mampu menjadi makanan tambahan kepada pesakit AIDS, menambah susu ibu.
  • Malahan apa yang lebih menarik habbatus sauda turut mempunyai kandungan omega 3 yang membantu perkembangan neuron serta sel otak, dengan kata lain ianya mampu meransang otak menjadi cerdas.
Habbatus sauda akan terus menjadi herba atau makanan yang terbaik untuk tahun mendatang.Dengan harganyaa yang murah serta kajian saintifik terbukti ia mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Namun yang lebih penting habbatus sauda merupakan antara makanan sunnah, serta diakui sendiri oleh SAW sebagai penawar yang tinggi nilainya kepada kesihatan manusia dengan izinNya.

MANFAAT HABBATUS SAUDA


MANFAAT HABBATUS SAUDA
1. Menguatkan sistem kekebalan
Berdasarkan hasil penilitian, jintan hitam dapat meningkatkan jumlah cells T, yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Keberkesanannya hingga 72% jika dibandingkan dengan plasebo (hanya 7%). Dr. Basil Ali dan rakannyanya dari Collegeof Medicine, di Universitas King Faisal, menerangkanannya dalam jurnal Pharmasetik Saudi.
Keampuhan ekstrak Nigella diakui oleh Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universitas Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Nigella dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.
2. Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kewaspadaan
Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3), Nigella merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. Nigella juga memperbaiki mikro (peredaran darah) keotak dan sangat cocok diberikan pada anak usia pertumbuhan dan lansia.
3. Meningkatkan daya ketahanan hormon
Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam peredaran darah. Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan gairah seksual. Salah satu kandungan Nigella adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.
4. Meneutralkan racun dalam tubuh
Racun dapat mengganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Gejala ringan keracunan dapat berupa diare, muntah, pusing, gangguan pernapasan dan menurunkan daya konsentrasi. Nigella mengandungi saponin yang dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.
Selain menjelaskan khasiat-khasiat dari Habbatus Sauda’ lebih lanjut, pada bagian kedua ini juga terdapat penutup yang membahas Habbatus Sauda’ dari sisi lain yang patut untuk dijadikan bahan renungan karena ia merupakan salah satu contoh dari untaian hikmah terhadap apa-apa yang datang dari Allah dan tasul-Nya.
5. Mengatasi gangguan tidur dan stress
Sapion terdapat pada Nigella mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.
6. Anti histamin
Histamin adalah sebuah zat yang dilepaskan oleh jaringan tubuh yang memberikan reaksi alergi seperti pada asma bronchial. Minyak yang dibuat dari Nigella dapat mengisolasi dithymoquinone, minyak ini sering disebut nigellone yang berasal dari Volatile Nigella. Pemberian minyak ini kesannya positif terhadap penderita asma bronchial. Penelitian yang dilakukan oleh Nirmal Chakravaty MD pada tahun 1993, membuktikan kristal dari negellone memberi kesan yang suppressive. Kristal-kristal ini dapat menghambat protemkinase C, sebuah zat yang memicu pelepasan histamin.
Penelitian lain juga membuktikan hal serupa. Kali ini dilakukan oleh Dr. Med. Peter Schleincher, ahli immonologi dari Universitas Munich ia melakukan pengujian terhadap 600 orang yang menderita alergi. Hasilnya cukup meyakinkan, 70% yang menderita alergi terhadap debu, serbuk, jerawat, dan asma sembuh setelah diberi minyak Nigella. Dalam praktiknya, DR. Schleincher memberi resep Nigella ke pasiennya yang menderita influenza.
7. Memperbaiki saluran pencernaan dan anti bakteri
Nigella mengandungi minyak atsii dan minyak volatil yang telah diketahui manfaatnya untuk memperbaiki pencernaan. Secara tradisional minyak atsiri digunakan untuk ubat diare. Pada tahun 1992, Jurnal Farmasi Pakistan memuat hasil penelitian yang membuktikan volatile lebih kuat untuk membunuh strain bakteri V Cholera dan E Coli dibandingkan dengan anti biotik seperti ampicillin dan tetrasiklin.
8. Melancarkan air susu ibu
Koordinasi bahagian lemak dan struktur hormon yang terdapat pada Nigella dapat melancarkan air susu ibu. Penelitian ini kemudian dimuat dalam literatur penelitian Potchestroom, tahun 1989.
9. Tambahan nutrisi pada ibu hamil
Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara keseluruhan, terutama pada musim hujan, anak-anak akan mudah terkena flu dan selsema. Kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang terdapat pada Nigella merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak balita dan janin.
10. Meremajakan sel-sel kulit dan menunda proses penuaan
Kulit merupakan salah satu organ tubuh yang penting. Fungsinya melindungi tubuh dari kuman dan sebagainya. Nigella sangat baik untuk menjaga kelembaban, kehalusan, dan keremajaan kulit.
11. Nutrisi bagi makanan tambahan
Kaya dengan kandungan nutrisi sebagai tambahan tenaga, sangat sesuai untuk orang yang berusia lanjut, terutama untuk menjaga daya tahan tubuh dan relativitas sel otak agar tidak cepat nyanyuk. Nigella juga mengandungi 15 jenis asam amino penyusun isi protein termasuk didalamnya 9 asam amino esensial. Asam amino tidak dapat di produksi oleh tubuh dalam jumlah yang cukup, oleh karena itu harus diperolehi dari makanan.

NILAI GIZI MAKAN DALAM HABBATUS SAUDA’


NILAI GIZI MAKAN DALAM HABBATUS SAUDA’
Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose. Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.
Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi lima belas amino acids yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.
Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.
Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.
Barokah - Banyak sungguh khasiat dari Jintan Hitam atau Habbatus Sauda ini. Di sini disertakan lagi artikel tentang herba ini. Marilah kita beramal dengan menggunakannya. Ia juga termasuk amalan sunnah dari Rasulullah SAW. Bayangkanlah bagaimana besarnya barokah dan hikmah dari mengamalkan herba ini kerana orang yang paling dikasihi Tuhan pun menyarankannya. Wallah A’lam.
Habbatus Sauda’ (Black Seed) / Habbatus Sauda (Black Cumin) adalah tanaman bunga Fennel dari keluarga Buttercup (Ranunculaceae). Menurut sejarah tanaman herba ini berasal dari Mediterania (terutama di Mesir), yang mana sekarang ini tersebar di kebanyakkan pelusuk dunia, seperti di jazirah Arab (Yaman, Saudi Arabia), Siria, Irak, sebagian Asia Tengah (India, Pakistan), negara-negara Laut Tengah (Yunani, Siprus) dan Amerika.
Habatus Sauda adalah bijian hitam yang telahpun dikenali ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluasnya oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengobati berbagai macam penyakit. Nigella Sativa Semen adalah biji dari Nigella Sativa yang dapat mereproduksi dengan sendirinya, di mana biji-biji tersebut sebelumnya berwarna putih kemudian setelah matang akan berwarna hitam (Nigella).
Habbatus Sauda mula ditemui di makam Tutan- khamen di Yunani Kuno dimana pada saat itu raja-raja dikubur bersama-sama dengan Nigella untuk membantu diakhir hidup- nya, ada juga yang mengatakan bahawa ianya di gunakan sebagai pengawet kepada mayat.. Tanaman perdu ini mengembangbiakkan dirinya sendiri hingga berbunga. Bunganya berwarna ungu kebiru-biruan atau keputih-putihan. Batang bunganya bisa mencapai ketinggian 30-60 cm dan membentuk sebuah kapsul biji (kelopak) yang di dalamnya terdapat biji-biji trigonal berwarna putih. Saat kapsul buah tersebut matang, ia akan membuka dan biji-biji yang ada di dalamnya berubah menjadi hitam warnanya (Black Cumin Seed). Bahagian inilah (biji hitam) yang dimanfaatkan sebagai herba kesehatan, memiliki aroma khas dan bentuknya sama seperti biji bijan, namun berwarna hitam dan berserabut, panjangnya tidak lebih dari 3 mm.
Bijian hitam ini merupakan tumbuhan alami (dengan nama ilmiah Nigella sativa) yang juga dikenal sebagai Biji Samin Hitam. Di Mesir, biji hitam ini dikenal dengan “Seed of Blessing” atau “Blessed Seed” (biji yang diberkahi) kerana biji ini juga baik untuk berbagai macam keperluan. Ia juga dikenal sebagai “Black Cumin” dalam Bahasa Inggris. Di kalangan orang Melayu ia dipanggil Jintan Hitam.
Di kebanyakkan Negara-negara Arab, Habbatus Sauda digunakan didalam pelbagai jenis masakkan, seperti dalam pembuatan roti dan sebagainya.
Habbatus Sauda ( Nigella sativa) lebih tepat dikenal sebagai “Blessed Seed” (biji yang diberkati) karena dianggap sebagai salah satu jenis tumbuh-tumbuhan ubat yang terbaik di semua zaman. Ini adalah suatu ubat yang sempurna yang dipergunakan di seluruh zaman untuk mengatasi berbagai masaalah yang berhubungan-kait dengan kesihatan yang antara lainnya: pernafasan, kulit, perut dan masalah usus, ginjal & fungsi hati, peredaran darah dan ketahanann terhadap kekebalan tubuh, serta untuk memelihara dan meningkatkan bagi keseluruhan kesihatan.
Ahli Perubatan Yunani Kuno, Discoredes, pada abad yang pertama telah mencatatkan bahawa Nigella Sativa telah di gunakan untuk mengubati sakit kepala, saluran pernafasan, sakit gigi dan cacing di dalam usus.
Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.