Pengenalan Kepada Madu Yaman
(Diterjemah dari buku arab - Sejarah hasil bumi Yaman)

Sejak berjuta tahun dahulu, Yaman terkenal kerana
madunya yang sangat baik dan berkualiti. ‘Erathostenes’ seorang sejarawan,
berkata Yaman adalah satu kawasan yang amat subur dan mempunyai tempat-tempat
yang sangat sesuai untuk penghasilan madu kerana terdapat pohon ‘Sidr’ dan
‘Sumur’. Madu yang dianggap paling baik adalah yang dikeluarkan dari bunga
‘Sidr’ (Ziziphus Spina Christi, L.Willd) dan ‘Sumur’ (Acacia Tortillis, Forsk.
Hayne).
Penternakan lebah telah berkembang luas di
lembah-lembah di Timur Yaman sebelum kedatangan Islam lagi. Buktinya dapat
dilihat dari lukisan-lukisan di atas batu yang masih terdapat di kawasan itu.
Antara gambar yang dapat dilihat dari lukisan ini ialah sekumpulan lebah sedang
berterbangan. Dari gambar ini, dapat diterjemahkan bahawa sejak dahulu lagi,
penduduk Yaman telah menternak lebah dan pada ketika itu, madu yang terhasil
dinilaikan sebagai suatu yang amat berharga dan oleh kerana itulah mereka
melukis gambar-gambar ini.
Al-Hamdani seorang sejarawan arab memberitahu,
lereng-lereng gunung Hinwam, satu daerah yang didiami oleh puak Ahnum (Hamdan)
adalah antara kawasan bumi Allah yang terkaya dengan lebah dan madu. Seorang
penternak sahaja boleh memiliki sehingga lima puluh Jibh (sarang lebah) atau
lebih.
Malangnya tidak ada maklumat khusus mengenai madu
Yaman yang diberikan oleh Yusuf bin Omar.Catatan sejarah pada zaman Rasul
walaupun tidak menyebut lebah telah mencatatkan hari-hari yang terbaik untuk
mengumpul pelbagai jenis madu Yaman.
Menurut seorang sejarawan Mesir al-Maqrizi
(meninggal pada 1441H) yang juga merupakan seorang pengarang beberapa
perjanjian Arab mengenai penternakan lebah, menyatakan bahawa seluruh Yaman
merupakan bumi lebah.Lebah Yaman berbeza dengan lebah dari luar.
Lebah Yaman diklasifikasikan sebagai ‘APIS
MELLIFERA YEMENITICA’. Lebah-lebah Yaman ini tidak agresif dan mempunyai saiz
badan yang lebih kecil berbanding dengan lebah Eropah, ‘APIS MELLIFERA EROPAH’
yang menzahirkan belang-belang kelabu pada bahagian badan. Ciri-ciri lebah
Yaman ini menjadikannya sesuai dengan iklim di negara itu sehinggakan dari
tinjauan yang dibuat mendapati lebah-lebah Yaman ini tidak terkena penyakit. Teknik-teknik
penternakan lebah dan pengeluaran madu di sini sebahagian besarnya masih lagi
menggunakan cara tradisional walaupun telah banyak negara-negara pengeluar madu
menggunakan cara yang moden. Ini adalah kerana cara moden menyebabkan banyak
khasiat-khasiat semulajadi, khasiat-khasiat perubatan dan lain-lain luput dari
madu tersebut.
Sekumpulan lebah di Wadi Dau’an ditangkap untuk
dikenal pasti dan dipilih ratu-ratu lebah tersebut. Kemudian, setiap seekor
dari ratu tersebut akan diletakkan di dalam sebuah kotak kecil yang dibuat khas
untuk ratu lebah tersebut. Kotak itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam satu
tikar anyaman. Di dalam tikar tersebut terdapat rotan yang dibentuk mengikut
bentuk sarang lebah dan ditutup di salah satu penghujungnya. Lebah-lebah
pekerja yang lain kemudian akan mengikut ratu masing-masing masuk ke dalam
sarang buatan yang tersedia itu.-W.H.Ingrams, ‘Tradistional Bee-Keeping in Wadi
Dau’an’, Man 37 (1937), 32.

Pada asasnya, terdapat tiga jenis sarang lebah
tradisional iaitu khaliyya (batang kayu yang kosong ditengah), jamak (sarang
daripada tanah) dan khalaya (sarang daripada bakul rotan). Sarang-sarang ini
ditutup pada setiap penghujungnya. Kemudian lubang dibuat bagi memudahkan
lebah-lebah tersebut keluar masuk.
Terdapat dua cara penternakan lebah yang diamalkan
di sini. Yang pertama penternakan setempat dan yang kedua ialah penternakan
berpidah-randah. Penternakan setempat dilakukan dengan cara sarang-sarang lebah
diletakkan samada di atas tanah atau di atas bumbung-bumbung rumah. Manakala
penternakan pindah-randah yang banyak terdapat di kawasan timur menggunakn
sarang berasaskan kayu. Sarang kayu lebih kuat dan stabil dan digunakan agar
lebah tidak terganggu apabila diangkut dari satu lembah ke satu lembah di atas
lori kecil. Dahulu unta-unta digunakan sebagai pengangkutan, madu yang terhasil
diisi di dalam kulit-kulit kambing dan disimpan di dalam labu. Apabila sarang
lebah tersebut telah dipenuhi dengan madu, penternak akan memotong isi sarang
itu dengan pisau. Sedikit madu ditinggalkan di dalam sarang bagi memenuhi
keperluan lebah pada musim kemarau.
Penternak di daerah Zabid memiliki dua hingga tiga
sarang setiap keluarga berbeza dengan penternak-pentenak lebah professional di
lembah-lembah selatan Wadi Hadramaut yang mempunyai hingga seratus unit setiap
keluarga.
Di Yaman, madu telah digunakan untuk meletakkan
satu cap mohor ke atas penyelesaian perbalahan dan cagaran dalam membuat
perjanjian-perjanjian antara ahli-ahli kabilah. Memiliki madu yang dihasilkan
di tempat sendiri merupakan satu simbol status kerana penduduk Yaman berbangga
dengan kualiti madu mereka yang baik. Pada zaman Yaman moden pula, penduduk di
sini menghidangkan madu kepada para tetamu yang bertandang ke rumah mereka.
Madu juga selalu dihidangkan dalam jamuan-jamuan dan keramaian. Madu dicampur
dengan telur dianggap penting untuk kesuburan dan kekuatan fizikal. Oleh kerana
itu ia diberikan kepada pengantin-pengantin lelaki dan juga kepada kanak-kanak
lelaki yang berkhatan.
Kaedah perubatan tradisi Yaman menyampurkan madu
dengan mentega cair untuk diberikan kepada ibu-ibu sebaik sahaja selepas
bersalin. Madu juga digunakan secara meluas dalam menghasilkan ubat-ubatan
tradisional. Contohnya seperti madu dicampurkan dengan labu pahit kemenyan
menjadi penawar mujarab bagi sembelit, madu dicampurkan dengan biji lobak
menjadi penguat tenaga batin, madu dicampurkan dengan hiltit (sejenis perekat
perubatan Asa Feotida) dapat membantu melancarkan perjalanan haid dan dengan
beberapa jenis tumbuhan ia boleh merawat penyakit gila babi.
Rasa madu Yaman berbeza dengan rasa madu yang
diimport dari negara lain. Madu Yaman juga dapat dibezakan dan juga dikenal
pasti asal daerahnya dari warna dan bau. Darjah kelembapan dan kepekatan ekoran
darin peratusan air adalah sangat penting dalam menentukan gred sesuatu jenis
madu itu.

MADU LEBAH DAN KEISTIMEWAANNYA
Allah s.w.t. telah menciptakan sekalian makhlukNya
dan memudahkan untuk mereka barang apa yang diperlukan oleh mereka untuk
meneruskan kehidupan. Di antara ribuan makhluk ini, Allah s.w.t. telah
menciptakan sejenis serangga yang dipanggil lebah yang merupakan salah satu
tanda kebesaran peniptaan Allah s.w.t. Allah s.w.t. telah berfirman dalam kitab
suciNya mengenai lebah pengeluar madu yang mempunyai berbagai-bagai manafaat
dan penyembuh bagi keharmonian dan kebahagiaan hidup manusia di dunia yang
sementara ini. Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: hendaklah kamu membuat
sarangmu di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga di babgunan-bangunan
yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan
dan buah-buahan (yang kamu sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu
yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu, akan keluarlah
minuman(madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi
penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai jenis penyakit. Sesungguhnya pada
yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi
orang-orang yang mahu berfikir. (al-Nahl: 68-69)
Di dalam satu riwayat hadis yang dinukilkan oleh
Abu Sa’ed al-Khudri r.a., beliau telah berkata, “seorang lelaki telah datang
menemui Rasulullah s.a.w. untuk mengadu tentang sakit perut.” Rasulullah s.a.w.
telah bersabdakepada beliau, “Berilah dia minum madu.” Lelaki tadi pun
memberikan madu untuk diminum oleh saudaranya itu. Kemudian beliau datang lagi
untuk bertemu Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Aku telah memberikannya minum
madu, tetapi perutnya masih sakit.” Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada
beliau, “Berikanlah ia minum madu.” Kemudian lelaki itu datang lagi dengan
pengaduan bahawa penyakit perut saudaranya itu masih juga belum sembuh.
Demikianlah yang dilakukannya sehingga tiga kali. Rasulullah s.a.w. masih
menyuruhnya minum madu. Lelaki itu tetap datang juga dengan pengaduan yang
serupa. Dengan yang demikian, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Allah Maha
Besar, perut saudaramu telah berdusta.” Riwayat Muslim.
Beberapa orang ulamak telah berkata lelaki itu
mempunyai sisa-sisa makanan yang menyebabkan perutnya memulas sakit. Apabila
diberikan madu kepadanya, oleh kerana sifat madu itu adalah panas maka ia
menyebabkan perut perutnya sakit dan memulas-mulas. Kemudian diberi minum madu
lagi, lalu menambah lagi rasa memulas di dalam perut lelaki tersebut. Oleh yang
demikian, lelaki arab itu beranggapan bahawa madu itu memudaratkan perut
saudaranya sedangkan madu itu memberi kesan baik kepada perut saudaranya itu.
Setelah berulang kali diberi minum madu dan selepas setiap kali sakitnya
memulas dan apabila segala sisa-sisa makanan yang memudaratkan badan tersebut
dihancurkan dan dibuang memalui penyaluran najis, maka barulah pulih perut
saudaranya itu dan kembali tenang keadaan dirinya dengan lenyapnya kesakitan
dan kepedihan lantaran keberkatan petunjuk Rasulullah s.a.w. dari Tuhannya.
Daripada Aisyah r.a. katanya, “Madu adalah makanan
kesukaan Rasulullah s.a.w.”
Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah
bersabda, “Penawar itu terdapat pada tiga perkara. Bekam, meminum madu dan
membakar (mencos) diri dengan besi panas (dengan tujuan membunuh kuman) dan aku
menegah umatku dari mulakukan pembakaran badan dengan besi panas.” Al-Bukhari.
Telah berkata jumhur ulamak bahawa madu dikeluarkan
dari mulut lebah. Diriwayatkan dari Ali r.a. bahawa beliau berkata, “Kehinaan
untuk dunia, semulia-mulia pakaian manusia di dalam kehidupan dunia adalah dari
air liur sejenis serangga (kain sutera dari ulat sutera) dan semulia-mulia minuman
adalah apa yang keluar dari mulut lebah (madu).”
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al-Hakim daripada
Ibnu Mas’ud r.a. sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda, “Madu adalah
penyembuh bagi penyakit di dalam hati dan hendaklah kamu berubat dengan madu
dan al-Quran.”Diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. sabda
Rasulullah s.a.w., “Barang siapa yang makan madu tiga hari dalam setiap bulan,
tidak akan tertimpa keatasnya bala yang besar.”
Diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik r.a. bahawa
sekiranya beliau sakit, beliau akan berkata bawakan air untukku kerana
sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman (maksudnya), “Kami menurunkan dari langit
air yang berkat.” Kemudian beliau berkata, “Bawakan madu kepadaku (kemudian
beliau membaca ayat 68-69 surah al-Nahl) dan bawakanlah kepadaku minyak
(zaitun) lantaran ianya adalah dari pokok yang berkat.” Beliau mencampurkan
ketiga-tiga jenis bahan itu dan beliau membaca ayat tadi.
Keistimewaan Madu:
1. Sebagai makanan lengkap.
2. Sebagai penyembuh penyakit.
3. Sebagai antiseptik.
Kandungan Madu:-
-Vitamin A
-Natrium
-Vitamin E
-Iodin
-Karbon
-Magnesium
-Vitamin C
-Klorin
-Zat Besi
-Magganasee
-Vitamin B lengkap
-Kalium
-Kalsium Sulfur
-Kuprum
-Silica
Khasiat Madu baik untuk:
-Jantung
-Darah
-Kejang Otot
-Antiseptik
-Batuk
-Mata
-Selsema
-Kulit-Melecur
-Tenaga
-Penghadaman
-Ahli Sukan
Keistimewaan Gula Madu:
1. Gula ringkas: dektros/ mudah hadam
2. Tidak mengganggu selaput usus
3. Mudah/ cepat diserap oleh sel
4. Membekalkan tenaga segera
5. Mudah dikendalikan dan diproses buah pinggang
6. Melawaskan pembuangan air besar
7. Menenangkan mental dan fizikal.
KEGUNAAN
MADU YAMAN
Selain daripada penggunaan perubatan madu
Yaman sebagai makanan, ia juga sesuai digunakan untuk luaran seperti:
1.
Keguguran rambut
Untuk mereka yang mengalami masalah keguguran
rambut atau kebotakan, ramuan berikut amat berkesan untuk diamalkan: Masukkan satu
camca besar madu, satu sudu teh serbuk kulit kayu manis ke dalam minyak zaitun
suam. Buatkan satu campuran pekat dan lumurkanya ke kepala anda sebelum mandi.
Biarkan pada kulit kepala/rambut selama 5 15 minit. Kemudian bilas
rambut.Hasilnya Subhanallah
2.
Jangkitan kulit
Sapukan madu Yaman dan serbuk kulit kayu manis
dalam bahagian yang sama pada tempat yang terjejas dan bermasalah.InsyaAllah
jika sering diamalkan.Kulit anda akan kering dari cecair bisa dan menjadikannya
lebih licin dan cantik.Juga, boleh merawat ekzema, kurap dan apa juga jenis
jangkitan kulit.
3.
Masalah gemuk
Minum madu Yaman setiap hari pada waktu pagi -
Sebelum sarapan ketika perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur.
Campuran madu dan serbuk kulit kayu manis dimasak dalam satu cawan air. Cara
pengambilan ini boleh mengurangkan berat badan seseorang itu sekalipun orang
itu terlalu gemuk. Dengan meminum campuran ini selalu, lemak tidak akan
terkumpul di dalam badan walaupun orang tersebut mungkin memakan makanan
berkalori tinggi.
4.
Keletihan
Kajian terbaru telah menunjukkan yang
kandungan gula madu lebih membantu dalam menghasilkan tenaga dan menjana
kekuatan badan. Warga tua yang mengambil madu dan serbuk kulit kayu manis dalam
bahagian yang sama, akan menjadi lebih cergas dan fleksibel. Untuk memiliki
tenaga yang berlebihan, seseorang dinasihatkan minum 1 sudu makan madu yang
dikacau ke dalam segelas air dan disira dengan serbuk kulit kayu manis. Minum
setiap hari pada jam 3 petang semasa tenaga badan sudah mula berkurangan. Pengambilan
ini perlu dilakukan dalam masa seminggu berturut-turut setiap hari.
5.
Nafas busuk
Bagi mengekalkan nafas segar sepanjang hari,
berkumur dengan satu sudu besar madu Yaman dan serbuk kulit kayu manis sebaik
sahaja terjaga dari tidur amat membantu bagi mereka yang mengalami masalah
nafas berbau.
MADU LEBAH sudah dikenali sejak zaman Firaun
yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi,
Greek dan Rom, sebagai satu cara penjagaan kesihatan.Di Eropah, ada kesatuan
diberi nama Apitheraphy, diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis
yang menggunakan produk MADU LEBAH bagi penjagaan kesihatan.Di Timur Tengah,
masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan MADU LEBAH sebagai
minuman kesihatan harian.Bagi masyarakat Cina, amalan memberi madu lebah kepada
anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan.Dalam persekitaran masyarakat
berteknologi tinggi dan sentiasa sibuk sekarang, keperluan kepada makanan
seimbang dan selamat adalah penting, malangnya kebanyakan pihak mengabaikan
keperluan itu dengan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada
makanan dan minuman segera yang kurang berkhasiat. Oleh itu, madu disyorkan
menjadi makanan tambahan kepada kita disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai.
KHASIAT
MADU LEBAH
Berikut adalah antara lain Khasiat MADU LEBAH
ASLI
• Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
• Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan
gigi.
• Mencergaskan otak orang dewasa dan
kanak-kanak.
• Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet
muda).
• MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan
asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
• Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka,
melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
• Menghilangkan kepanasan badan, batuk,
selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan
jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong
serta menghilangkan serak suara.
• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan
sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak
menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
• MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik
dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka
terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air
panas dan minyak panas (sapukan).
• MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk
tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan
boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.
Khasiat
Berterusan Madu Lebah
Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan
banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai
jenis penyakit seperti:-•
Kencing manis• Barah / Kanser• Mata kelabu•
Letih/Lesu/Tenat• Tenaga batin/Seks• Lendir/Kahak• Penyeri muka• Awet muda•
Pendarahan otak• Gastrik• Gagap• Bersalin - senang• Batuk• Penyakit Kulit•
Sakit Telinga• Lemah jantung• Jerawat• Pening• Pekak• Lumpuh• Uban
(Berpenyakit)• Susah tidur• Sakit sendi • Sembelit• Selsema• Sakit puan•
Resdung• Darah tinggi• Sakit kepala• Angin• Luka• Keputihan• Bintik-bintik
hitam• Rambut gugur• Sakit pinggang• Terbakar• Haid• Buasir• Batuk kering•
Lupa• Keracunan Makanan• Asma/Lelah• Kurang darah• Alahan/Allergic• Kanak-kanak
(Sihat)• Dan lain-lain...